Tuesday, January 4, 2011

Kenali jenis-jenis Perfume anda

Salam semua, 

Mesti ramai yang masih confuse didalam memilih perfume, mesti ramai yang hairan kenapa harga perfume yang botol kandungannya 10ml lagi mahal dari pewangi yang botolnya berkandungan 50 ml... Anda beli perfume tersebut dan apabila anda sampai di rumah anda terus sembur pada badan anda, tetapi kegembiraan tidak berpanjangan kerana wangiannya hilang lebih cepat berbanding perfume yang anda beli dahulu. 

Mungkin persoalan ini dapat terjawab dengan mengetahui perbezaan atau jenis-jenis perfume yang ada dipasaran sekarang ni..

Jadi, apa yang telah anda beli??

Kemungkinan perfume yang dibeli tersebut dari jenis EDC (eau de cologne) atau EDT (eau de toilette), sedangkan yang anda beli dahulu adalah jenis EDP (eau de parfum). Tetapi apakah perbezaannya??

Perbezaannya adalah dari segi kepekatan ‘pure perfume oil’ berbanding dengan jumlah alkohol di dalam campuran. Semakin tinggi ‘pure perfume oil’, semakin lama ketahanan wangian dari perfume, dan semestinya akan semakin mahal harganya. Secara khusus, ‘pure perfume’ tidak dijual di dalam botol jenis semburan, tetapi di dalam botol kecil untuk pembeli colek/’dab on’ pada kulit.

Peratusan isipadu(% by volume) yang dilihat pada botol adalah jumlah alcohol di dalam campuran perfume tersebut. Syarikat perfume mengalas ‘pure perfume oil’ dengan alkohol supaya bauannya tersebar lebih jauh, dan juga kerana wangiannya adalah terlalu kuat untuk dipakai. Perfume yang mempunyai campuran intipati yang kuat akan mempunyai lebih banyak alcohol didalamnya berbanding campuran yang kurang kuat.


Wangian Untuk Wanita


Jadi apakah perbezaan antara EDC, EDT dan EDP??

Di sini ada beberapa info tentang jenis wangian yang sesuai untuk wanita.

1)
Parfum
Wangian yang mempunyai campuran yang paling pekat, sekitar 15-40% kepekatan. Harganya juga adalah yang paling mahal, dan sudah pasti baunya juga yang paling kuat dan ketahanan yang paling lama berbanding jenis-jenis yang lain.

2)
Eau De Parfum (EDP)
EDP adalah lebih ringan berbanding dengan Parfum, dengan kepekatan campuran sekitar 8-15%. EDP juga adalah lebih murah daripada Parfum dan mempunyai ketahanan haruman sekitar 3-5 jam. Tetapi ada juga perfume jenis EDP yang boleh bertahan sehingga 8 jam. Wangian jenis ini sesuai diguna pakai oleh wanita dan dipakai untuk ke majlis formal atau makan malam.

3)
Eau De Toilette (EDT)
Ia adalah wangian yang lebih lembut, dengan kepekatan aromatiknya sekitar 4-8%, yang mana ianya lebih sesuai dipakai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat. Selalunya harga adalah lebih murah berbanding EDP dan berketahanan 2-4 jam selepas semburan.

4)
Eau De Cologne (EDC)
EDC selalunya dipanggil Cologne dan mempunyai kepekatan aromatic yang paling cair, sekitar 3-5% kepekatan. Ketahanan baunya adalah sekitar 2-3 jam.

Wangian Untuk Lelaki


Di sini adalah sedikit penerangan tentang wangian untuk lelaki.


1)
Eau De Toilette (EDT)
Ini adalah jenis wangian yang paling pekat campuran aromatiknya untuk lelaki dan bertahan sehingga 5 jam selepas digunakan. Campuran aromatiknya sekitar 4-10%. Ianya sesuai digunakan ke majlis dan juga ke pejabat. Biasanya EDT ini tersedia dalam bentuk ‘splash’ dan ‘spray’.

2)
Aftershave
Kurang kuat wangian dan ketahanannya, tetapi masih menjadi pilihan yang popular di kalangan lelaki. Dengan kepekatan aromatiknya sekitar 1-3%, ketahanan baunya adalah sehingga 2-3 jam. Aftershave adalah lebih ‘friendly’ dengan kulit, sesuai untuk anda yang berkulit sensitif.

1 comment:

  1. ralp lauren romance dah habis...bila agak nye orang nak bagi perfume , ye?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget