Wednesday, January 12, 2011

Cita-cita zaman tadika

Indah sungguh kalau kita kembali ke zaman sekolah kan... haishh teringat kisah zaman tadika dulu, pernah cikgu tanya 'Bila besar nanti kamu bercita-cita nak jadi ape? Hehehe...jawapan yang kita dengar mesti syok kan, kalau pelajar2 lelaki tu mesti majoritinya nak jadi pilot atau askar, tak ramai pula yang nak jadi doktor kan..tak tahu la kenapa....

Tapi kalau pelajar perempuan bagi jawapan mesti yang grand2 dan power2 sampai tak tercapai dek akal memikirkannya...kira diaorang ni suka kategori pekerjaan yang kelas Professional ler, atau pun kategori kelas A...doktor, lawyer, dan sebagainya..... nak jadi stewardess pun ade...fuhhss dahsyat... :))

Jom tengok babak2 drama zaman tadika dulu....


Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.

 
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman dengan confident berdiri dan berkata, 


“Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.


5 comments:

  1. hehe bgus cita3 seman tu =) kekekkee

    ReplyDelete
  2. @MiSs TOrA Seman semamngnya sensitif dengan teman2 nya especially perempuan...ihihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget