Tuesday, January 4, 2011

Tanda- tanda kemaruk Internet

Salam semua,

Petang2 macam neh mesti stress...dah la stress dengan kerja yang failnya tinggi menggunung, PA plak asik remind jer pasal meeting sana-sini, telefon pon satu hal mesti nak berdering jer kan..balik kerja plak nak kena beratur macam zaman sekolah rendah 'time2' nak beli kuih dekat kantin...kereta bukan main lah banyak kat jalan raya neh, especially KL fuhhhss...pukul berapa la nak sampai rumah hari ini agaknya...

Dalam duduk mengelamun nak lari dari 'ketensenan' yang bakal melanda, terjumpa la satu emel yang lawak dan kreatif... ehehehe
dari emel seorang kawan ;

1. Anda menulis alamat rumah anda semasa mengisi apa-apa borang dengan alamat email atau url blog anda.

2. Loceng di rumah anda bertulis “Click here to continue”


3. Pintu bilik mandi anda bertulis “WARNING: This website contains explicit adult material, please verify your age”


4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen.


5. Ketika bertemu dengan rakan lama anda akan berkata: lu g mana? gua “ping” pesal ‘no reply’?


6. Anda menggunakan Google untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.


7. “Unable to locate your server!” kata Anda ketika menerima telefon yang tersalah dail.


8. Anak-anak Anda diberi nama Ajoi.gov supaya dia jadi pegawai kerajaan atau Ajoi.edu supaya dia jadi mahasiswa nanti.


9. Anda susah menggerakkan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.


10. Ketika kereta anda terlepas simpang , yang pertama anda cari adalah tombol UNDO.


11. Anda memperkenalkan diri sebagai: youremail@… atau .domain.com


12. Anda keluar dari komuter dengan berkata “request time out!!!”


13. Ketika hidup anda mengalami stress, anda akan terfikir mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol Ctrl-Alt-Del.


14. Ketika anda sedang bersama dengan isteri, pintu bilik anda ada tulisan “you don’t have permission to access it”.


15. Ketika cinta anda ditolak awek anda selalu berkata “This program is not responding” sambil geleng2 kepala.


16. Jika ada orang lain yang mendekati awek anda, anda berkata kepada mamat tersebut “Sorry This Page Has Been Owned By ….”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget