Tuesday, January 11, 2011

Doa Permudahkan Urusan Hisab Di Akhirat

Salam semua,

Doa nie saya baru dapat tahu dari seorang kawan, apakata kita cuba amalkan bersama..

Manusia ini akan dihisab di akhirat nanti setelah dibangkit daripada mati. Umat manusia dipanggil keluar dari kubur masing masing. kemudian dikumpulkan dipadang mahsyar dengan segala macam keadaan. Bergantung kepada amalan, ada yang baik dan ada yang buruk. Manusia berada dalam keadaan bimbang akan balasan yang bakal diterima atas perbuatan mereka semasa di dunia dahulu.

Masing masing membawa pahala dan dosa sendiri dipaksa berkumpul didepan sebuah alat timbangan dosa pahala yang bernama neraca Al Mizan. Urusan timbang ini turut diperhatikan oleh Nabi Muhammad SAW dan dijalankan oleh para malaikat. Ada insan menerima azab yang tak terhingga diwaktu ini lantaran kesusahan perlaksanaan kiraan amalan ini. Ada yang terpaksa menunggu terlalu lama dalam keseksaan untuk sampai ke giliran sendiri sehingga berlaku huru- hara yang amat dasyat, menakutkan dan mengerikan. Namun ada golongan yang dipermudahkan urusan timbangan ini, senang dan cepat urusan selesai. merekalah golongan yang mendapat rahmat dan keredhaan Allah.


Nabi ada mengajar umatnya agar membaca satu doa untuk diamalkan oleh kita seperti didalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Ismail daripada Muhammad bin Ishak daripada Abdul Wahid bin Hamzah daripada Abdullah bin Al-Zubair daripada Aisyah, menyatakan bahawa disuatu waktu malam, Nabi Muhammad SAW sedang solat berseorangan, diperhatikan oleh isteri baginda ialtu Aisyah ra. Dalam solat selepas bacaan tahyat akhir sebelum salam iaitu antara tahyat akhir dan salam, nabi menyebut " Allahumma haa sibni hisaban yasi ro." kemudian baru baginda memberi salam. Selesai solat, Aisyah ra. bertanyakan Rasullullah doa apakah itu ya Rasullullah?. Baginda menjawab., itu lah doa untuk permudahkan urusan hisab diakhirat nanti.


Doa yang dibaca ialah:


" Allahumma haa sibni hisaban yasi ro".


bermaksud,


" Ya Allah, hisablah diriku dengan hisab yang mudah"


Mengikut ustaz yang menyampaikan tazkirah ini, doa ini boleh dibaca sewaktu mengerjakan solat fardhu dan juga solat solat sunat. Boleh didoakan setiap kali bersolat iaitu selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.


Untuk itu marilah kita amalkan sunah nabi ini supaya kita dihisab dan dihitung dengan penuh kasih sayang Nya, mudah dan terlepas dari perkara merumitkan nanti.

Insyaallah.

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget