Sunday, October 31, 2010

Wanita adalah insan istimewa

Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan… 

Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.
 


Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang.

Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila kain baju bertimbun dah berbau masam… perut lapar…takde org nak tolong masak..buat air….anak menangis..tak reti nak tenangkan…biasanye isteri yg pandai jawab soalan soalan anak ni….senang cerita..byk benda yang isteri buat..saya je tak sedar…konon saya ni busy kat tempat keje..sebenarnye isteri saya pun bekerja jugak…tapi bila dia balk rumah..dia tak senang duduk..macam2 dia buat……huuuuuu
 
Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Walaupun kat pejabat ramai gadis cun melecun tapi wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh nikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Walaupun dia tak secantik artis tetapi senyumnya ikhlas, sentiasa lekat di hati dan sukar cari pengganti. Apabila rindu mencengkam, semua tak tentu arah , cerita tv dah tak best lagi.
 
Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor, seluar dalam bersih dah habis dipakai. Tandas dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak di mop (takde org nak tolong bebel suruh bersihkan…ye la..lelaki..mana reti wat sendiri kalau takde org nak push…tukang pust tu isterila…Now bila isteri takde rumah..rinduu je…. Setiap malam keseorangan, baring di katil, tengok siling. Bila keseorangan begini baru rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri tak ada kat rumah, saya dah terasa separuh pengsan.
 
Jadi, para suami jangan buli isteri kita. Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan tv setiap hujung minggu dan baca akhbar. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka isteri kita, kawan baik kita dan buah hati kita.
       
 Ingat duit hantaran yang kita bagi masa nikah dulu cukup ke nak bayar gaji dia seumur hidup ?



6 comments:

  1. betoi tu... aku pinjam lagi. kali ni nak paste kat fesbuk lak. nanti kan terjahan org ramai... ahahhaahhahahaha.

    ReplyDelete
  2. pergh ko da jadi suami mithali ke takut bini..ngeh3..
    gurau je bro, betul2 aku sokong..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget