Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 - Pinjaman 100% Beli Rumah

Pembentangan bajet 2011 petang tadi menarik perhatianku terutamanya bab pinjaman perumahan dalam Skim Rumah Pertamaku. Apa yang menarik adalah golongan pekerja yang berpendapatn RM 3000 dan kebawah  sebulan boleh membeli  rumah tanpa mengeluarkan wang pendahaluan 10 peratus seperti sebelum ini.

Pengecualian pembayaran sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM 220,000 akan di beri oleh kerajaan. Insentif ini dapat menarik golongan muda membeli rumah, bagi yang baru bekerja dah mampu memiliki rumah idaman walaupun RM 220K ke bawah, at least dah mampu memiliki rumah...mesti ramai berpusu2 nak beli rumah baru yea..

Kerajaan juga bermurah hati dengan memberi diskaun sebanyak 50 peratus duti setem kepada pembeli rumah pertama, ke atas surat cara pindah milik sesebuah rumah yang berharga tidak melebihi RM 350,000. Apa lagi geng jom kita sarbu pemaju perumahan !!! ahahaa

6 comments:

  1. tapi mmg byk pemaju yg jual rumah tak memerlukan deposit..

    ReplyDelete
  2. @Lulu caldina
    so far projek perumahan melebihi permintaan,thts y dorg berani xamik deposit, cuma urusan dengan bank je la :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget