Sunday, October 31, 2010

Wanita

"Ketika  Aku  menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang  yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." 

"Aku  memberikannya  kekuatan  dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " 

Wanita adalah insan istimewa

Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan… 

Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.
 

Saturday, October 30, 2010

Kok Beng


Why did Kok Beng go to a movie with his 18 friends?
Because below 18 not allowed !

------------------------------------------------------------------------

Kok Beng wants to buy a TV set. He goes to a shop.
Kok Beng : "Do you have color TV ?"
Salesgirl : "Yes !"
Kok Beng : "Give me a green one, please."

------------------------------------------------------------------------

HKL seram pada hari Jumaat


Kenapa ramai pesakit mati hari Jumaat di Bilik dan katil ICU yang  sama, di HKL??? Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap  mengalami kejadian2 aneh dan pelik.Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada  setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira bangsa,umur,agama, jantina  atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para2 doktor sejka sekian lama.

Rahsia Seks Wanita


Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.

Friday, October 29, 2010

Juara Gadis Melayu 3 - Nur Azrina Salleh

Penantian selama tiga bulan Nur Azrina Salleh atau lebih mesra dengan panggilan Rina memang berbaloi baloi, apabila dia diumumkan sebagai juara gadis melayu musim ke-3. Berbaloi sangat sehingga wife aku tak berganjak depan TV,  ajak keluar nak belanja dinner pun tak mau, ermm nak buat camne kan..dah minat dia camtu.. tapi aku tak tengok pun, ntah kenapa xberminat..tahu2 jer dah announce pemenang nye..

Rahsia Seks Lelaki


Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

Kematian Micheal Jackson - Konspirasi??


Wave from MJ - Google
Salam,

Cerita ni ada kebenarannya, cuba kita imbas kembali peristiwa yang sama telah berlaku keatas Puteri Diana yang bercinta dengan lelaki muslim. CIA yang menjadi tali barut Yahudi memang cukup licik dalam hal2 ini. Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memburuk dan menghentikan sebarang usaha dakwah, tambahan pula bintang seperti Puteri Diana dan MJ mempunyai jutaan peminat/pengikut diseluruh dunia.

Thursday, October 28, 2010

Al-Fatihah


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. 

Masa Berjimak

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s" 

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 

Hati seorang kekasih lelaki

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ni, tiba-tiba semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat ape sahaja utk kekasihnye. Sekeras manepun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hati dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah, diantara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dengan hebat ialah: 

Kajian 25 tahun Dato' Fadzilah Kamsah

Karektor kelahiran manusia...

JANUARI 
 
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius 
Suka mendidik dan dididik 
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik 
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan 
Suka smart, kemas dan teratur 
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam 
Pandai mengambil hati orang lain 
Pendiam kecuali telah dirangsang 
Agak pemalu 
Daya tumpuan yang sangat tinggi 
Mudah mendisiplinkan diri sendiri 
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema 
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya 
Cukup sayang pada kanak-kanak 
Suka duduk di rumah 
Setia pada segala-galanya 
Perlu belajar kemahiran sosial 
Cukup cemburu yang sangat tinggi 

Wednesday, October 27, 2010

Bentuk Gigi Mengungkap Peribadi

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelok kan penampilan seseorang. 

Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba- tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saj a artikel ni yek! 



Jarang dan kecil; 

 
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya, Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah, Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah! 

 

Bersaiz sederhana dan rata . 

 
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan? 

 

Besar dan jarang . 

 
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Leb ih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mer eka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya! 

 

Jongang dan kecil. 

 
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya! 

 

Jongang dan besar . 

 
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selainitu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang! 

 

Tidak tersusun . 

 
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain. 

 

Seolah masuk ke dalam. 

 
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandaimenyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka. 

 

Kecil dan tersusun.  


Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikat akan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

Kaki Bertaruh (18SX)

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menympan RM1000 nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank.
Apa kerja pak cik?

Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Tuesday, October 26, 2010

Biodata Nabi Muhammad saw


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
·         Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571. Masehi
                              (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
·         Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
·         Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
·         Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
·         Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
·         Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
·         Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Rahsia Wuduk


"Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?
Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Momo & Ter Ter dalam memori

Trajedi Oktober, pagi tadi bangun jer dari tidur tiba-tiba teringat pada Momo & TerTer, dah hampir tiga tahun mereka meninggalkan aku. Kalau dulu balik jer dari kerja mesti mereka jer tempat aku release tension, lebih kurang pendengar setia jugak ler.

Mereka tak pernah buat perangai yang tak elok, happy go lucky jer katakan, asyik dengan 'dunia' mereka, kadang tu aku terfikir jugak, kalaulah tuhan beri mereka pemikiran mesti banyak benda yang mereka nak bagitahu.. huhu..

Tak Rugi Membaca Al-Quran


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Wednesday, October 20, 2010

Bendera kelantan Darul Naim (1912-1923)

Kelantan 1912-1923

Bendera lama bagi negeri Kelantan pada tahun 1912 hingga 1923 dan dimansuhkan pada tahun 1924.

BYE

Kenapa aku baru tau maksud perkataan "BYE"... SubhanAllah!!! 

Perkataan "BYE" merupakan jarum sulit orang Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia bermaksud di Bawah Naungan Pope(paderi). 


Nasihat Kehidupan

Nasihat Kehidupan
1. KETIKA MENCARI CALONJanganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAHAnda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHANCatat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMABersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGASedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMIBoleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERITetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAKJangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAHYakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONISGunakanlah
formula 7 K1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Monday, October 18, 2010

Tanda-tanda Kebahagiaan dan Kecelakaan


Tanda-tanda kebahagiaan. 

1.. Tiap bertambah ilmunya bertambah pula rendah hatinya.

2.. Tiap bertambah amalnya bertambah pula takutnya kepada Allah.

3.. Tiap bertambah umurnya, beransur kurang lobanya terhadap keduniaan.

4.. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah pula pemurahnya.

5.. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah dekatnya pada orang ramai.


Tanda-tanda kecelakaan.

1.. Tiap bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya.

2.. Tiap bertambah amalnya, bertambah bongkaknya.

3.. Tiap bertambah umurnya, bertambah pula lobanya kepada harta.

4.. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya.

5.. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah jauhnya dari orang ramai.

Tiap orang akan memperolehi kesenangan selama ia tidak berhasrat menyusahkan orang lain. Timbulkanlah lebih dahulu apa yang menjadi kesukaan orang itu, sebelum anda mengemukakan kesukaan anda.

Credit Mr Idrus

Sunday, October 17, 2010

Dialek Kelantan dalam catatan sejarah barat


Sumber dari buku Kelantan : A State of the Malay peninsula - a handbook of information oleh W.A Graham diterbitkan Glasgow : Glasgow U.P,1908

Saturday, October 16, 2010

Senarai restoran yang disahkan halal dan ditarik balik sijil halal oleh JAKIM


Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
   
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Kod Lemak Babi


Di sini saya upload senarai kod lemak babi yg sering digunakan dalam makanan, ehsan dari cikgu Idrus.

Sila print and bawak ketika membeli belah, dan gunakan sebagai panduan untuk lihat kandungan makanan yg di beli supaya kita terhindar drp memakan makanan ini..

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 - Pinjaman 100% Beli Rumah

Pembentangan bajet 2011 petang tadi menarik perhatianku terutamanya bab pinjaman perumahan dalam Skim Rumah Pertamaku. Apa yang menarik adalah golongan pekerja yang berpendapatn RM 3000 dan kebawah  sebulan boleh membeli  rumah tanpa mengeluarkan wang pendahaluan 10 peratus seperti sebelum ini.

Pengecualian pembayaran sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM 220,000 akan di beri oleh kerajaan. Insentif ini dapat menarik golongan muda membeli rumah, bagi yang baru bekerja dah mampu memiliki rumah idaman walaupun RM 220K ke bawah, at least dah mampu memiliki rumah...mesti ramai berpusu2 nak beli rumah baru yea..

Kerajaan juga bermurah hati dengan memberi diskaun sebanyak 50 peratus duti setem kepada pembeli rumah pertama, ke atas surat cara pindah milik sesebuah rumah yang berharga tidak melebihi RM 350,000. Apa lagi geng jom kita sarbu pemaju perumahan !!! ahahaa

Thursday, October 14, 2010

Jenis2 JIN dan HANTU dalam masyarakat Melayu



Credit to Uncle Google

Walaupun sekarang nie zaman dah moden, tapi masih ramai lagi dikalangan kite mempercayai benda2 macam nie, contohnya musim raye lepas, kite masyarakat melayu n islam beraya bersam hantu, boleh dikatakan tiap2 malam cerita hantu kat TV kan?? Untuk lebih jelas lagi mari kite berkongsi spesis2 jin dan hantu dalam masyarakat melayu ...

Wednesday, October 13, 2010

Cerita Ikhtibar mengenai kad Touch & Go


Rupa-rupanya kad Touch n Go (TnG) pun tak boleh diharap. Kaki tipu jugak. Oleh itu,korang dinasihatkan supaya berhati-hati dengan baki kad TnG korang.

Aku sendiri dah terkena beb! Masa keluar dari tol Jalan Duta baki kad TnG aku ada RM92.90,tapi bila melalui sebuah lagi tol terbuka di Lebuhraya Duke yang berharga RM2.00, baki kad telah menjadi RM74.30.

Ini bermakna aku telah dicaj RM18.60 untuk tol yang berharga RM2.00. Aku kerugian RM16.60.Itu baru aku sorang yang perasan terkena. Macamana pula bagi orang lain yang tak ambik pot dengan baki kad masing-masing? Kalau sorang dia tipu seringgit, cuba hangpa congak kalau 5 juta pengguna dia tipu sorang seringgit. Buta- buta saja...

Aku pun selama ni tak ambik pot dengan baki kad,hari tu boleh perasan sebab baru top up sebelum masuk tol Juru,sebab tu la senang detect pasai ada resit top up tu lagi kat dalam poket.

Kes ni,aku dah pi buat report kat kaunter TnG,dia kata dalam masa sebulan dia akan bayar balik duit yang terlebih potong tu.Sempat la depa rolling duit tu dulu...aku kasi can la kali ni.Lain kali kalau kena tipu lagi,aku nekad bawak pi mahkamah beb.

Jadi berhati-hatilah kerana penyangak ada di mana-mana saja sekarang ni. Jangan terlalu mempercayai sistem buatan manusia.

Kisah benar dari Idrus
Sama2 kita ambil iktibar dan berhati2..

Tuesday, October 12, 2010

Astro B-yond ??


B-yond

Petang kelmarin dapat promotion call from Astro, free of charge tukar kepada  B-yond termasuk dekoder, outdoor unit disc, smart card, HDMI cable dan remote ... menarik tue.. tapi....

Monday, October 11, 2010

Sebelum dan Selepas Kahwin


CINTA : 

 (sebelum kahwin) 
C = cubit kiri, kanan rasa. 
 I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama. 
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama 

(selepas kahwin)
 C = cuka yang dituang pada luka.
  I = iblis yang merosak minda.
 N = nafsu semata-mata. 
 T = tuba yang dibalas semula. 
 A = api dalam neraka. 

Sunday, October 10, 2010

Lagenda Budak Setan


LBS Novel

Novelis Ahadiat Akashah memang top. Petang tadi aku terpanggil mencari novel LBS nie, geledah pnye geledah dalam stor tapi tak jumpe2 maklumlah dah 10 tahun kot novel tue, zaman sekolah lagi.. entah2 dah takde huhu ...urmm ... or maybe at my parents house, siyes jauh tue ... aduss time berkobar2 nak bace balik novel nie die takde ... MPH ade lagi kot novel nie???

Tengok movie/drama LBS dan baca novel memang lain feel nye ... impact tu macam tak dapat nak diterjemahkan, by the way soundtrack 'Bila Cinta' memang kena dengan cerita. Thanks to brother AA's for making those lovely and wonderful book.

Kena Tindih??

Kena tindih atau bahasa saintifiknye sleep paralysis...ramai antara kite mengalami kena tindih waktu tidur ..janganlah kite ni selalu tuduh hantu ler, jin le....tahyul semua tu. Fenomena kene tindih....kepercayaan dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? 

Saturday, October 9, 2010

Bila Eddin berspecky

Eddin with sunglass
Picture ni mummy Eddin yang snap mase tengah tuggu daddy die dalam kereta somewhere kat Jalan Pudu KL...

Heeheh punye la lame daddy die pegi beli aquarium kat jalan Pudu, at last bawak balik aquarium dengan ikan gapi jew.. huhu..

Friday, October 8, 2010

Realiti kehidupan disebalik permainan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. 

Guru itu berkata, 
"Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Kes Pembuangan Bayi

Credit : Tidak pasti pelukisnya
Zaman Nabi Musa, bayi-bayi lelaki dibunuh oleh tentera-tentera Firaun untuk menghapuskan ‘musuh-masa-depan’ Firaun.

Zaman Nabi Muhammad, bayi-bayi perempuan dibunuh oleh orang-orang Arab jahiliah untuk menghapuskan perasaan malu.

Zaman sekarang, bukan setakat bayi lelaki dan perempuan ditinggalkan merata tempat; bayi pondan pun turut dibuang oleh ‘haiwan’ berkaki dua dan boleh bercakap.

Dipetik dari: Ustaz Ismail Kamus.
Diriwayatkan oleh: Imam Dewa
Credits..

Thursday, October 7, 2010

Panglima Awang - Bangsa Melayu Pertama Mengelilingi Dunia

Panglima Awang

Profil
Nama sebenar: Tidak diketahui
Gelaran: Panglima Awang, Enrique, Henry The Black, Henrich, Ariberto, Espinosa.
Asal: Melaka (lahir sekitar zaman kejatuhan Melaka)
Bangsa: Melayu
Sumbangan: Manusia pertama mengelilingi dunia dan membuktikan Bumi adalah bulat.





Wednesday, October 6, 2010

Penubuhan Malaysia : Perancangan USA sejak 1889, Kertas Kerja-Harvard University

Kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!

Kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..


Aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

Utusan Malaysia 29 July 2009

Tuesday, October 5, 2010

Fakta yang jarang diketahui oleh manusia


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Tahukah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

Saturday, October 2, 2010

Wanita Solehah

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, 
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh, 
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, 
Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget