Saturday, December 25, 2010

Menyintai Tidak Bermakna Memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Thursday, December 23, 2010

Edisi Seram - Khadam Keris 5

Salam semua...ini adalah edisi terakhir sambungan dari Edisi Seram - Khadam Keris 4 

Dua hari kemudian pada waktu yang sama kami berjumpa dengan wak...  dengan muka yang pucat wak berkata dengan kami

"wak bagi pilihan kat kau samada kau nak ambil balik keris nie,  atau aku akan mengancak jer keris nie ke laut"


kami kehairanan dan irfi bertanya


"ish apa yang tak kena nie wak"


wak terus bercerita setiap malam selepas keris itu berada dirumah nya. Anak-anak nya akan terserempak dengan apa yang telah kawan serumah saya jumpa dan seringkali rumahnya diganggu dengan bunyi situa yang ketawa mengekek..


meremang bulu roma kami mendengar penjelasannya, saya dan Irfi berbincang dan kami sepakat untuk mengancak keris tersebut

Tuesday, December 21, 2010

Edisi Seram - Khadam Keris 4

Salam semua...sambungan dari Khadam Keris 3

Pada malam nya saya keseorangan didalam rumah, apabila masuk waktu isyak, saya terus solat isyak. Kemudian saya berbaring ditempat tidur ntah mengapa malam itu saya terasa amat amat letih dan mengantuk walhal disiangnya aktiviti saya adalah seperti biasa.

Dalam masa 5 minit saya meletakkan kepala saya ditempat tidur saya tertidur, dan dalam tidur itu saya telah bermimpi...

Sunday, December 19, 2010

Edisi Seram - Khadam Keris 3

Salam semua, seperti yang dijanjikan, entry ini adalah sambungan dari Edisi Seram - Khadam Keris 2

"bang naper rumah kita nie dah jadi lain?"

Saya bertanya kembali kepadanya walau saya dah mengesyaki sesuatu..


"lain mcm ner tu"


dia menjawab dengan serba salah


"mcm nilah bang, bila dah tiba waktu malam rumah nie betul betul menyeramkan"


"maksud kau"balas saya


sani menerangkan kepada saya


"mcmnilah saya minta maaf, abang tau tak malam tuhari, Ilyas naik kerumah secara tiba tiba tu sebab dia ternampak seorang tua yang berselubung hitam dan berpakaian serba hitam sedang menanti dia kat pintu bilik air"


saya cuba menyedapkan hatinya


"kau takkan tak tau Ilyas nie kan penakut dah tentu dia melihat yang mcm-mcm"


Sani terus bertanya


"bagaimana dengan saya abang?? Tautak malam tu saya kutuk Ilyas, lepas tu pukul 3 pagi saya bangun ingat nak buang air besar, tengah sedap sedap tup tup dengar suara orang tua lelaki mengekek. Saya ingat pakcik sebelah rumah, bila saya keluar tengok, apa yang Ilyas nampak saya pun nampak juga, langsung saya lari naik tak sempat basuh.... terus tidur"


saya tersenyum sambil berkata


"tak busuk ker"


dengan serius dia menjawab


"bang ini bukan masa nak bergurau tapi ini lah yang kami nampak"


beliau berkata lagi


"abang tautak, semenjak keris nie ada kat rumah nie, tiap siang kami rasa mcm pelik. Rumah nie rasa mcm pelik betul, mcm abang sendiri pun tiap malam abang mengigau. Apa yang abang igaukan? Bila dah ngigau mcm nak bertumbuk pulak tu, jerit-jerit lepaskn aku... lepaskan aku... pehal pulak tu?"


untuk menengkan perasaan mereka saya berkata


"itu permainan tidur jerkot"


Ilyas yang mendiamkan diri berkata


"bang mungkin sebab keris nie kot ..........."

Friday, December 17, 2010

Edisi Seram - Khadam Keris 2

Salam semua, entry ini adalah sambungan dari entry yang lepas Khadam Keris...

Beberapa malam kemudian Irfi telah datang semual ke rumah saya

Beliau telah membawa keris yang dimaksudkan oleh nya tempohari, ternyata keris tersebut diikat kemas tidak berhulu, tidak bersarung yang ada hanya kain hitam yang menutup sebilah keris bogel tanpa hulu dan sarung dengan selambanya saya membuka ikatan tersebut saya terlupa bahawa keris itu telah dipasung oleh sami hindu supaya khadam keris tersebut tidak membuat masalah tetapi apabila saya membuka ikatan tersebut ternyata jin yang telah terikat itu telah berjaya melepaskan ikatannya tapi saya tidak menyedarinya seperti saya kata sebelum ini masalah baru bermula

ketika saya membuka keris tersebut saya sangat takjub melihat seni ukiran keris tersebut

dikeris itu tertulis tulisan kawi kemudian ada ukiran payung satu manusia sedang berdiri dan ada dua manusia yang sedang bertapa dibawah pokok. Besi nya pula bergemerlapan, kalau orang pandai keris gelar sabuk inten terus terang antara keris tercantik pernah saya lihat dalam hidup saya

yang sebenarnya tulisan lailahaillallah tu bukan nya tulisan tu tapi tulisan kawi yang saya pun tak pasti apa tulisannya

Thursday, December 16, 2010

Who is Who ??

Salam semua...

Mungkin ramai dikalangan kita suka berimaginasi, berfantasi, atau lebih tepat lagi adalah perkataan 'berangan'..
apa yang saya maksudkan adalah berangan untuk berjumpa dengan artis-artis ternama dari Hollywood, yang dipuja dan diminati kerana bakat lakonan mereka?? rupa paras yang cantik atau hensem?? suara yang sedap halwa telinga?? ataupun skandals mereka yang diheboh-hebohkan media massa, paparazzi dan sebagainya...

So cubalah teka siapakah mereka??? Gambar tersebut diambil seawal mereka berusia 5 hingga 15 tahun..

check it out..


Cikgu Maths dan anak muridnya (18 SX !!)

Cerita ini tiada kena mengena dengan para cikgu-cikgi diseluruh dunia dan di Malaysia khususnya....

Kejadian berlaku di bilik darjah 2 Berlian(B), disebuah sekolah rendah nun jauh di pendalaman, semenanjung Malaysia..

Seorang cikgu wanita yang tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 Berlian terhenti setelah melihat keletah seorang anak muridnya, Ahmad (bukan nama sebenar). 

Dia melihat budak tue meludah atas tangan dan menggosok2 kat kepala dia. Disebabkan perasaan yang penuh curiga dan pelik, cikgu itu terus pergi ke muridnya dan bertanya......

Wednesday, December 15, 2010

Edisi Seram - Khadam Keris

Salam semua,
Cerita yang akan disampaikan ini adalah kisah benar dari seorang sahabat maya saya yang berkongsi pengalamannya, kejadian ini berlaku di rumah sewanya di Sabak sekitar awal bulan Januari tahun ini...

Sebelum saya memulakan cerita saya nie kemungkinan ramai dikalangan kita adalah terdiri pengumpul khazanah lama atau barangan antik yang terdiri dari tembikar lama keris pedang dan lain lain.

Tahukah anda barang barang ini disebalik mempunyai nilai antik yang amat tinggi barang barang ini tetapi tahukah anda barang antik ini adakalanya mempunyai sesuatu unsur unsur yang tidak baik.


Saya bukan melarang anda untuk memiliki benda antik sebagai hobi tetapi berhati hatilah ketika memilikinya kerana kita tidak mahu sesuatu yang kurang baik akan berlaku dibelakang hari.

Pada satu hari kenalan lama telah berjumpa dengan saya namanya disini saya sebut Irfi sahaja, beliau nie memang antara kenalan lama saya dan amat rapat dengan saya maklumlah jumpa kawan lama sapa yang tak seronok betul tak?

Sambil kami bersembang kosong beliau tidak henti henti menjeling keris pusaka yang saya miliki yang saya letakkan didinding rumah sebagai perhiasan dan sebagai kemungkinan menghadapi ancaman,

Monday, December 13, 2010

Tujuh kalimah

Salam semua...
Sabda Rasulullah S.A.W
 
" Barangsiapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
& Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "
 
1.   Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
 
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
 
3.   Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
 
4.  Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
 

Saturday, December 4, 2010

Kuala Lumpur International Motor Show 2010

Fuhss ... excited sangat dengan KLIMS 2010, bukan excited nak tengok all those pretty sexy girls yea
Sexy Motorshow Girls
tapi excited dengan all those dazzling arrays of the latest automotive breakthrough. Event details Kuala Lumpur International Motor Show 2010 ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget