Monday, September 13, 2010

RM 15 jer Sebatang

KETIKA diajukan soalan mengenai lesen membuat dan menjual bunga api, Mohd. Nawi memberitahu, tiada sebarang lesen diperlukan dan dia boleh meneruskan perniagaan tradisi keluarganya tanpa sekatan.
"Selepas kilang bunga api, Bright Sparklers di Sungai Buloh meletup pada tahun 1991, saya was-was dengan pembikinan bunga api di rumah sendiri. 
"Beberapa kali saya berurusan dengan polis, bomba, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan untuk mengetahui status dan memohon lesen pengeluaran bunga api jika diperlukan.
"Namun, selepas wakil-wakil dari agensi terbabit datang dan memeriksa kawasan kerja dan bahan yang digunakan, mereka menyatakan saya tidak perlu memohon lesen kerana pembuatan bunga api dengan cara tradisional dan menggunakan bahan-bahan yang selamat," katanya. 
Sungguhpun begitu, Mohd. Nawi sekeluarga tidak berkompromi tentang soal keselamatan di kediaman mereka.



Tetamu yang datang bertandang ke rumahnya tidak dibenarkan merokok. Malah, pelekat 'Larangan Merokok' ditampal ke beberapa ruang khususnya di bahagian pemprosesan bunga api. 
"Belum pernah jadi kebakaran atau kecederaan tetapi kita perlu berjaga-jaga. 
"Belerang yang terkena percikan api sangat pantas terbakar dan kita tidak mahu kejadian seperti itu berlaku. 
"Sebab itu, mana-mana orang yang datang ke rumah, kami tidak benarkan merokok," celah Che Mah tegas. 
Menjual bunga api buluh mengikut saiz antara RM15 hingga R40 sebatang, keluarga ini tidak mahu seni menghasilkan bunga api ini hilang dan berharap akan ada pelapis yang cuba untuk mempelajarinya. 
"Bukan tidak ada orang yang belajar tetapi dek kerana proses pembuatannya rumit, ramai yang berhenti di tengah jalan. 
"Saya juga tidak kisah untuk berkongsi ilmu dengan orang lain tentang cara-cara menghasilkan bunga api ini asalkan tradisi ini tidak pupus ditelan zaman," katanya yang memberitahu selain beliau, ada dua lagi keluarga lain di Melaka yang mengusahakan bunga api buluh.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget