Wednesday, December 15, 2010

Edisi Seram - Khadam Keris

Salam semua,
Cerita yang akan disampaikan ini adalah kisah benar dari seorang sahabat maya saya yang berkongsi pengalamannya, kejadian ini berlaku di rumah sewanya di Sabak sekitar awal bulan Januari tahun ini...

Sebelum saya memulakan cerita saya nie kemungkinan ramai dikalangan kita adalah terdiri pengumpul khazanah lama atau barangan antik yang terdiri dari tembikar lama keris pedang dan lain lain.

Tahukah anda barang barang ini disebalik mempunyai nilai antik yang amat tinggi barang barang ini tetapi tahukah anda barang antik ini adakalanya mempunyai sesuatu unsur unsur yang tidak baik.


Saya bukan melarang anda untuk memiliki benda antik sebagai hobi tetapi berhati hatilah ketika memilikinya kerana kita tidak mahu sesuatu yang kurang baik akan berlaku dibelakang hari.

Pada satu hari kenalan lama telah berjumpa dengan saya namanya disini saya sebut Irfi sahaja, beliau nie memang antara kenalan lama saya dan amat rapat dengan saya maklumlah jumpa kawan lama sapa yang tak seronok betul tak?

Sambil kami bersembang kosong beliau tidak henti henti menjeling keris pusaka yang saya miliki yang saya letakkan didinding rumah sebagai perhiasan dan sebagai kemungkinan menghadapi ancaman,


Sampai satu ketika beliau bersuara


"syam dah lama kita tak jumpa, kau nie berubah betullah"


saya bertanya


"kat mana yang berubah tu"

beliau menjawab


"dalam diam diam kau nie dah jadi dukun keris yer"


saya tergelak lalu berkata dengannya


"dukun pebendalah kau nie takkan pasal sebilah keris pusaka nie kau kata aku dukun lak ada ada jelah kau ni, tu sebenarnya keris pusaka ayah aku memang aku simpan sebagai kenang- kenangan dan sebagai menghadapi kemungkinan kot jadi apa apa yang tak diingini yelah bukan kita berharap tapi kot berlaku takkan kita nak lari kot boleh lari ok lah tapi kot tak kena hadap juga betultak"


beliau berkata sambil menyindir


"zaman sekarang orang mana main keris keris orang main pistol"


aku membalas sindirannya


"pistol kau adaker?? kot takat yang dalam seluar kau tu boleh ker harap nak buat berlawan cuba kau fikir kat dalam rumah kau ada apa untuk pertahankan diri kot jadi apa... kau ada pistol senapang atau bom?"


dia menjawab dengan nada selamba


"ada parang panjang yang selalu aku buat menebas kat kebun"


saya ketawa


"kah kah kah parang orang buat bekerja bukan buat bertempur cuba kau lihat sruktur parang dibuat untuk menebas rumput bukan menebas kepala orang sedangkan pedang memang digunakan untuk menebas kepala orang... kot kau gunakan pedang untuk menebas memang silaplah kau akan cepat letih"


dia menjawab


"betul gakyer"


saya terus menasihatinya


"apalah salahnya kot kita beli satu satu senjata untuk pertahankan diri kot betul jadi emergency lain kot kita pegang parang dengan tangan kosong semata mata yang penting kita ada semnagat mesti berani dan benda mcm tu akan tambah keberanian kita"


dia diam sejenak lantas berkata


"mcm nilah syam sebenarnya sedara aku ada satu bilah keris tapi aku tak berani lah,  keris tu pelik sikit"


"naperlak" tanyaku


dia menjawab


"kat keris tu ada tulisan '
lailahaillah' dan keris tu dah dipasung dek sami hindu kerana keganasannya"

saya berkata dengan dia


"ish kot ada tulisan lafaz mcm tu naper bawak kepada sami lak tu.. dah tak kena gayatu"


dia menjawab


"mcmni jelah apa kata aku bawak benda tu kerumah kau tapi aku tak janji benda tu bukan aku punya tapi sedara aku punya"


aku menjawab


"sukahati kaulah"


malam itu perbincangan tersebut telah mengakhiri perbualan kami beliau telah kembali kerumah nya


saya pun malas nak ambil pusing berkenaan perkara tersebut tapi saya lupa bahawa masaalah baru sahaja bermula yer masalah baru bermula rupanya


hehehehheeehe

okeh kawan2 entry ini akan saya sambung kemudian...

2 comments:

  1. Woo..JahaT! JAHAT!!!! Ni minggu depan baru sambung ni. menci. *emo

    ReplyDelete
  2. ala majuk dah dia...
    okeh janji esok part two kluar :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget