Beberapa malam kemudian Irfi telah datang semual ke rumah saya
Beliau telah membawa keris yang dimaksudkan oleh nya tempohari, ternyata keris tersebut diikat kemas tidak berhulu, tidak bersarung yang ada hanya kain hitam yang menutup sebilah keris bogel tanpa hulu dan sarung dengan selambanya saya membuka ikatan tersebut saya terlupa bahawa keris itu telah dipasung oleh sami hindu supaya khadam keris tersebut tidak membuat masalah tetapi apabila saya membuka ikatan tersebut ternyata jin yang telah terikat itu telah berjaya melepaskan ikatannya tapi saya tidak menyedarinya seperti saya kata sebelum ini masalah baru bermula
ketika saya membuka keris tersebut saya sangat takjub melihat seni ukiran keris tersebut
dikeris itu tertulis tulisan kawi kemudian ada ukiran payung satu manusia sedang berdiri dan ada dua manusia yang sedang bertapa dibawah pokok. Besi nya pula bergemerlapan, kalau orang pandai keris gelar sabuk inten terus terang antara keris tercantik pernah saya lihat dalam hidup saya
yang sebenarnya tulisan lailahaillallah tu bukan nya tulisan tu tapi tulisan kawi yang saya pun tak pasti apa tulisannya
saya terus bertanya dengan Irfi
"cantiknya keris nie apa namanya dan dari mana asalnya"
Irfi cuba menyembunyikan sesusatu dari saya
"hehehehhe kau tekalah tu bukan kalimah lailahaillallah ker"
saya menjawab
"bukan... ini tulisan kawi tapi aku tak pasti maknanya sebab aku bukan penah belajar tulisan dan bahasa sanskerta nie"
dia berkata kepada ku
"mcm ni lah kau peganglah dulu benda nie tapi jaga bebaik kami rasa malas nak pegang"
saya bertanya kehairanan
"naper?"
tanpa menjawab soalan saya dia dengan terburu buru telah minta izin untuk pulang kerumah dan meninggalkan saya dengan keris nya.. yer masalah baru benar benar bermula cuma saya yang tak tau
pada malam itu saya tidur seperti biasa sahaja
untuk pengetahuan didalam rumah tersebut saya tinggal bertiga bersama dua lagi penyewa lain iaitu Sani dan Ilyas kedua nya tingkatan 5 manakala saya pula tingkatan 6 atas.
Pada keesokan malamnya barulah saya menyedari semuanya baru bermula. Ceritanya bermula begini kebetulan kerana terlalu khusuk study salah sorang kawan kami iaitu Ilyas telah lewat untuk menunaikan solat Isyak, selalunya dia nie masuk waktu terus solat tapi ntahlah malam tu dia study sampai jam 11 malam baru pergi bilik air. Jarak bilik air dari rumah kami adalah lebih kurang 5 meter, maklumlah rumah kampung mcm tulah.
Pada mulanya dia turun untuk kebilik air, tiba-tiba dia terus naik mendapatkan saya dan berkata dengan wajah pucat
"bang mintak tolong teman bang"
Saya memang tau dia nie penakut sikit dan saya tanpa banyak soal terus menemankan dia, tapi saya tidak bertanya apa apa kepadanya. Selepas selesai solat dia sambung study balik, manakala saya pun tidur sahaja.
Mulai hari itu setiap malam dia pasti akan minta salah sorang dari kami menemankan dia untuk kebilik air, tapi kami berdua tak mengesyaki apa apa, kerana kami tau dia nie jenis lemah semangat dan penakut sikit, jadi sebagai kawan kami temankan lah cuma yang menghairankan sejak kebelakangan nie dia nie semakin penakut.
Sehinggalah malam selanjutnya Sani meminta Ilyas meneman kan dia kebilik air, sedangkan waktu tu baru jam 10 malam. Wujud persoalan dibenak saya mengapa Sani ni penakut mcm Ilyas, dah takkan penakut Ilyas dah menjangkit kepada Sani kot.
Tak boleh jadi nie saya terus mencapai keris yang kawan saya berikan pada saya dan saya tenung keris tersebut dan dalam pemikiran saya takkan punca dari besi buruk mcm nie boleh ubah manusia berani jadi penakut.
Kemudian saya meletakkan kembali keris keatas meja
Pada malam esoknya selepas makan malam Sani dan Ilyas mengadap saya dan Sani memulakan perbualan...
Okeh kawan2, entry ini akan bersambung lagi...
Wahai Tuhanku Sesungguhnya Kaulah yang ku maksud dan KeredhaanMulah yang kutuntut
alaaaaa.... saje je... menci.menci.
ReplyDeleteerkk.. baru nak feel seram bersambung lagi pula.. hu..hu..
ReplyDelete@Makbed theeheehee
ReplyDelete@Hanis Azla opss yeker, sabar tau..promise continue :)
ReplyDeleteni mesti kelako penhujungnya...saspen je ni
ReplyDeletehhe tunggu smbungan...seram suspen
ReplyDelete