Thursday, December 23, 2010

Edisi Seram - Khadam Keris 5

Salam semua...ini adalah edisi terakhir sambungan dari Edisi Seram - Khadam Keris 4 

Dua hari kemudian pada waktu yang sama kami berjumpa dengan wak...  dengan muka yang pucat wak berkata dengan kami

"wak bagi pilihan kat kau samada kau nak ambil balik keris nie,  atau aku akan mengancak jer keris nie ke laut"


kami kehairanan dan irfi bertanya


"ish apa yang tak kena nie wak"


wak terus bercerita setiap malam selepas keris itu berada dirumah nya. Anak-anak nya akan terserempak dengan apa yang telah kawan serumah saya jumpa dan seringkali rumahnya diganggu dengan bunyi situa yang ketawa mengekek..


meremang bulu roma kami mendengar penjelasannya, saya dan Irfi berbincang dan kami sepakat untuk mengancak keris tersebut


selepas kami memberikan persetujuan dengan wak. Kami minta izin untuk mengikut dia dalam membuat upacara mengancak keris itu. Pada mulanya beliau kelihatan keberatan namun selepas kami memujuknya beliau bersetuju. Pada petang itu wak telah mencari bahan bahan untuk upacara mengancak keris, antara yang masih saya ingat


7 jenis bunga bertih dan upih mayang yang belum kembang.


Malam itu ditengah malam,  saya, Irfi dan wak telah ketepi laut untuk upacara mengancak keris atau membuang keris.
Wak telah membaca mentera yang tidak jelas bunyinya lalu meletakkan keris itu di atas upih yang dibelah dan dihadapan keris itu diletakkan bunga dibelakangnya pula diletakkan bertih.

Selepas itu wak terus melayarkan upih itu kedalam air kemudian wak berkata


"dari mana engkau datang kembali lah kau ketempat asal dengan izin allah mulai sekarang janji kau dengan manusia telah tamat kita tak berhutang apa apa lagi dunia ahkirat"


Kemudian kami terus meniggalkan tempat tersebut.  Sewaktu kami hendak meninggalkan keris tersebut kami bertiga mendengar suara orang tua mengekek,  meremang bulu roma kami.  Kalau tak sebab saya dengan wak memang saya lari lintang pukang,  biaq pilah dengan Irfi tapi waktu tu,  pasal dengan wak saya tahan hensemlah kononnya


Wak seperti tau apa yang tersirat dihati kami tapi beliau memang dah berpesan supaya ketika meninggalkan upacara mengancak jangan toleh belakang kalau tak jin keris itu akan berpatah balik dan mengikut sapa yang menoleh kebelakang.


Semakin jauh kami meninggalkan tempat upacara mengancak,  semakin jauh suara orang tua yang sedang gelak mengekek dan lama kelamaan suara tersebut hilang bersama keris sumiyang setan sewer..............................


heheheheh harap anda boleh memetik pengajaran dari kisah ini


ingatlah tuhan sebanyak mungkin dalam hidup kita ini kerana ketika kita senang kita ingat tuhan dan ketika kita susah pertolongan tuhan pasti bersama kita.  Tidak semestinyai anda perlu untuk menjadi ahli thariqat untuk ingat tuhan,  memadalah banyak membaca Al-Quran, banyak bertasbih,  bertahlil dan banyak amal solat sunat sebagai satu cara juga untuk mengingat tuhan.


Dalam hidup saya sendiri,  banyak kali hampir-hampir maut dijalanraya. Tapi ketika terkejut selalunya saya akan ucap Allah atau Allah hu akbar,  alhamdulillah sampai sekarang hidup lagi


begitu juga banyak kes mereka yang selamat dari kemalangan, bila saya tanya,  mereka akan sebut nama tuhan yang mulia.  Lihatlah dengan hanya menyebut sekali nama tuhan sahaja keberkatan telah tiba,  apalagi kalau kita mengamalkan setiap hari insyaalllah selamat dunia akhirat.


sebab tulah kot nak naik kenderaan jangan lupa baca bismillah sebagai satu amalan, insyaallah selamat.... lagi baik baca doa naik kenderaan.


cubalah fikir dalam hidup kita berapa banyak nikmat tuhan yang kita guna bukan tuhan minta bayar pun cuma ingatlah dia sebagai pemberi nikmat, susah sangat ker??


Jawapannya memang sukar,  kalau tak masakan allah berfirman 

"sangat sedikit hambaku yang bersyukur"

 
Wahai Tuhanku Sesungguhnya Kaulah yang ku maksud dan KeredhaanMulah yang kutuntut

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget