Sunday, October 17, 2010

Dialek Kelantan dalam catatan sejarah barat


Sumber dari buku Kelantan : A State of the Malay peninsula - a handbook of information oleh W.A Graham diterbitkan Glasgow : Glasgow U.P,1908

Saturday, October 16, 2010

Senarai restoran yang disahkan halal dan ditarik balik sijil halal oleh JAKIM


Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
   
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Kod Lemak Babi


Di sini saya upload senarai kod lemak babi yg sering digunakan dalam makanan, ehsan dari cikgu Idrus.

Sila print and bawak ketika membeli belah, dan gunakan sebagai panduan untuk lihat kandungan makanan yg di beli supaya kita terhindar drp memakan makanan ini..

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 - Pinjaman 100% Beli Rumah

Pembentangan bajet 2011 petang tadi menarik perhatianku terutamanya bab pinjaman perumahan dalam Skim Rumah Pertamaku. Apa yang menarik adalah golongan pekerja yang berpendapatn RM 3000 dan kebawah  sebulan boleh membeli  rumah tanpa mengeluarkan wang pendahaluan 10 peratus seperti sebelum ini.

Pengecualian pembayaran sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM 220,000 akan di beri oleh kerajaan. Insentif ini dapat menarik golongan muda membeli rumah, bagi yang baru bekerja dah mampu memiliki rumah idaman walaupun RM 220K ke bawah, at least dah mampu memiliki rumah...mesti ramai berpusu2 nak beli rumah baru yea..

Kerajaan juga bermurah hati dengan memberi diskaun sebanyak 50 peratus duti setem kepada pembeli rumah pertama, ke atas surat cara pindah milik sesebuah rumah yang berharga tidak melebihi RM 350,000. Apa lagi geng jom kita sarbu pemaju perumahan !!! ahahaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget