Tuesday, November 30, 2010

Manusia - Pencipta - Dicipta - Bertujuan

Perihal Tujuan Manusia Diciptakan
Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa

Setiap hari manusia keluar berkerja,bermain,tidur,makan,minum dan berespirasi.Ada manusia keluar ke sekolah,universiti atau ke pasaraya.Ada yang keluar untuk beribadat;ke masjid,gereja,tokong atau sebagainya.Setiap hari mereka membuat pelbagai kegiatan.Namun seringkali mereka lupa apakah tujuan mereka diciptakan.

Wednesday, November 24, 2010

Gurindam Hikmat Melayu


Saya ada terjumpa gurindam ini beberapa hari yang lepas. Mari kita hayati bersama maksud yang tersirat.



Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.
 
Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.


Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!
 
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!
 
Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.
 
Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.
 
Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.
 
Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.
 
Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.
 
Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.
 
Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.
 
Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.
 
Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.
 
Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!


Kalau anda adalah seorang yang minat dengan sejarah anda pasti dapat menangkap beberapa maksud tersirat yang cuba disampaikan dalam gurindam ini. Power..siot!!!
Thumbs up Hidiey!! 

Monday, November 15, 2010

Perkosaan Visual

PERKOSAAN VISUAL (wanita kena bace) Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa yakinkah kamu bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka). 

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang atau bilikpersalinan/ ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Disebabknan kita tidak pernah ambil tahu pasal cermin ni, yelakan...kalau kaum2 perempuan dah test baju memang tak hengat melaram nye... tukar sana tukar sini, so kita terlupa atau tidak terlintas untuk  mengindentifikasi permukaan cermin dengan hanya dengan melihatnya saja. Oleh sebab kita kena berhati-hati. 

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing okeh ;

  • LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
    Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). 
Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! So beringatlah selalu okeh, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Thursday, November 11, 2010

Lakukan solat dalam waktunya

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?


Wednesday, November 10, 2010

Cebisan surat Liyana Fadhillah Harris

You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah  macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah.

Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau.

Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you?

Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu.

Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I."

With a lil help from Liyana Fadhillah Harris.

Sunday, November 7, 2010

LHDN - Pindah hujung tahun 2011 ke Cyberjaya

Lembaga Hasil Dalam Negeri atau senang panggil Income Tax akan berpindah hujung tahun 2011 ke Cyberjaya bersebelahan dengan Office Telekom Malaysia. Sebelum ni HQ LHDN ni terletak di jalan Duta, pejabat kerajaan Jalan Duta ni sepatutnya berpindah ke Putrajaya tahun lepas, entah macam mane tukar plan ke Cyberjaya pula.

Kalau time cuti, aku ler driver pada isteriku pergi kerja ke LHDN jalan Duta neh..pagi2 seawal jam 0600 dah gosok bijik mata nak bangun hantar dia... jauh tu tak ler, dari rumah aku kalau jalan tak sesak 15 minit dah boleh sampai jalan duta tu..tapi disebabkan nak lari dari kesesakan lalu lintas atau dalam bahasa omputihnye jammed, terpaksalah aku bangun seawal pagi, balik dari menghantar isteriku dah jam 0800 pagi, by that time perut berbunyi jew, terpaksalah aku makan kat kedai mamak, tapi kadang2 jer, sebab isteri aku biasanya dah masak awal2,  cuma aku jer malas nak panaskan..so kedai mamak le tempat tuju aku..bukan ape, teh tarik kedai mamak tu buatkan aku jadi addicted..

By next year HQ dah pindah ke Cyberjaya, so aku sekarang ni terfikir2 nak stay rumah tempat aku tinggal sekarang atau nak beli rumah kat area Cyberjaya, hurmm dah jadi tensen aku fikirkan benda ni...dah 3 bulan kepala aku kusut mencari jalan penyelesaian, Cyberjaya atau Taman Tun Hussein Onn??? Bukan ape facsilites kat Cheras/Balakong ni dah full, senang cerita semua adela, beli lauk-pauk kat Econsave, shopping dan cuci kereta kat Jusco, KUMON and Smart Reader dekat je dengan rumah, Kopitiam Pak Hailam pun ade kat Carrefour dekat dengan rumah aku, Haisshh...McD, KFC, Pizza Hut,Johhny pun dekat jer..

Mood pagi neh fenin2...aishhh

EPL - Manchester United tanpa kalah

Menang lagi team favourite aku neh... tak sia2 beli jersey baru Man Utd last week, walaupun beli kat pasar malam jer hehehe...malam tadi even mata dah agak lebam aku tengok jugak team aku neh beraksi, 15 minit pertama  nampak macam dull je game tu, aku tetap tunggu first goal... 

Berbaloi2 la katakan... Park Ji Sung semakin berbisa, komited dan bertenaga dengan menjaringkan gol bagi memastikan 3 mata penting Man Utd, mengejar rapat team favourite Lulu Caldina, Chelsea. Berita penuh boleh le klik Berita Harian okeh..  Go Red !!!

Wednesday, November 3, 2010

Gigi Boleh Putih Ker ??

Pagi hari tadi pergi Jusco nak cari spare flash camera aku, jalan2 sambil memandang item2 yang ade sale kat shop lot tu, sekali  kena tahan dengan gadis cantik, ingatkan nak berkenalan, ahahah..sekali kena promote ler....tup2 boleh la pulak termakan pujuk si gadis cantik Watson , dia promote ubat gigi yang kononnya boleh putih kan gigi aku yang dah tersedia putih berseri  ni ... heh putih sangat ker??

Damn!!! Keretaku Kena Calar

Niat hati dah suci murni, jalan2 sambil shopping untuk anak dan isteri.. kisah nya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget