Sunday, February 6, 2011

My blog - Hacked by Indon

Salam semua,
Announcement!!
Agak lama aku tidak update dan view blog aku. Hari ini tepat jam 1030 malam dikejutkan dengan berita dari seorang sahabatku, Mie yang juga rakan sekerja dengan berita yang memang menyedihkan.

Mie : Bro blog ko kena hacked dengan Indon!!!
Aku : WTFish....mane ko tahu?
Mie : Aku baru je tengok blog ko, ingatkan ade entry baru nak dibaca...
Aku : Demmm...bro, nampak gaya aku kena permanently closed blog aku.
Mie : Diaorang dengki dengan Malaysian bro.
Aku : Ntahla bro, blog aku pn diaorang nak hack, bukan menarik pon, seingat aku mmg aku xpenah kutuk2 Indon nieh..so nampak gaya mmg nak perang la camni nieh.
Mie : Ko buatla ape yg patot, clean balik ko punye blog, nnti orang salah tafsir, blog member ko pun kena hacked gak aku tengok...nnti ko bagitau la dia, buat ape yang patot.
Aku : Ok thanks bro, Insyaallah.

So kawan2, aku pon tak tahu camne nak clean kan blog nieh, worst come to worst I have to closed the account. And please ignored of any hunky punky words from my blog which is highlighted with blue or the blue words, that is not came from me. Thanks

Friday, January 21, 2011

Menemui keajaiban Allah swt

Salam semua,

Terdetik rasa hati ingin berkongsi emel dari seorang sahabat dengan pembaca2 semua...harap dapat manfaatnya

Seorang doktor Neurologi di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.  Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' . Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.  Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. 
 
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .  Padahal setiap inci otak manusia  memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! ! 
 

Jom layan kartun


Salam semua, jom layan kartun jap, ceriakan hari anda sebelum mulakan tugas



Wednesday, January 12, 2011

Guru tadika yang Sengal

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Befkirlah dia bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?

Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget